Monday, September 14, 2009

the new fabulous cats





Ditubuhkan pada tahun 2006. Diterajui Cat Farish bersama Adeep. Cat farish yang dulunya bersama Ruffedge dari Malaysia manakala Adeep bekas kumpulan 2D dari Singapura, menggunakan pengalaman mereka untuk mubuh kumpulan baru The Fabulous Cats. Penghasilan album pertama. Fantastik sepenuhnya diterbit oleh mereka dengan bantuan The Firmzz telah melonggakkan nama kumpulan itu dengan single Papa Jahat dan Rimas. Keserasian mereka dan Penghasilan Muzik yang unik telah menambat perhatian Metadome. Hyperkosmik yang diterbit bersama Metadome telah mencuri perhatian pendengar radio dengan hit single Bawaku Terbang, Slot Akasia, Ratu novella dan Lari. Beberapa buah produksi tempatan juga telah mengambil beberapa buah lagu dari album Hyperkosmik untuk dijadilan lagu tema untuk drama,filem dan teater mereka.
Banyak cerita disebalik penglibat anak seni ini dari hujung ke satu hujung untuk sampai ke peringkat seterusnya.
Pengambilan ahli yang tidak serasi dan tidak bersependapat telah menjadi penghalang perjalanan mereka ke seberang. Pengunduran bekas ahli kumpulan ini tidak banyak menjejaskan kualiti kerana pembentukan kumpulan ini adalah dari Cat Farish dan Adeep, tambah lagi kerja belakang tabir serta perancangan banyak dari mereka berdua. DJ Sumo sessionist The Fabulous Cats dan Farhana telah mengambil keputusan keluar dan mereka tidak menyambung semula kontrack terus menamatkan kontrack mereka.Polpularity The Fabulous Cats mungkin terjejas atas masalah pertukaran anggota kumpulan ini tetapi kumpulan ini bertapak dengan lagu lagu mereka bukan popularity.
Strategi seterusnya telah dirancang sebelum terjadinya pengunduran Farhana dan pengambilan Wangi dari Indonesia dan Zizi dari Sabah( Akedemi Fantasia 7) membuktikan bahawa The Fabulous Cats bukan kumpulan tangkap muat. Kekuatan vokal dan perancangan kumpulan ini lebih jelas berbanding dengan pembentukan kumpulan ini sebelumnya.
Album ketiga kumpulan ini yang berjudul Fabulousity akan menjawab semua persoalan.
Cat Farish yang melayarkan bahtera kecil ini telah menjalankan perancangan terbaik untuk dirinya, Adeep, Wangi dan Zizie.

No comments: