Saturday, July 4, 2009

bermula tak lama lagi...

kawan kawan semua,visit our blog untuk info info yang menarik. Info terkini dari The Fabulous Cats yang baru dan perjalanan kami dalam proses Album Ketiga Yang semestinya akan membawa anda semua menyelami dunia kami di dalam FABULOUSITY.

The Fabulous Cats
walaupun kehadiran album pertama(yang popular di Parlimen Malaysia dengan isu Papa Jahat) dan album kedua yang meledakkan beberapa Hit,The Fabulous Cats yang sentiasa dilanda masalah petukaran ahli kumpulan ini masih bergerak aktif dan stabil.
Independently under Cat Presents Production(Alibi Music/Metadome) yang akan menghasilkan sebuah lagi album/album ketiga/bertajuk,
FABULOUSCITY
konsep yang menyerapkan culture kehidupan kota,muzik kota,cinta kota (kekecewaan dan kebahagian)keramaian dan adaptasi moden yang dimelayukan atas landasan muzik The Fabulous Cats. Lenggok melayu menjadi pertaruhan dalam album ketiga kali ini.
Update pembikinan album ini di sini

EPISODE PERTAMA:(AUGUST)

THE FABULOUS LIFE OF THE FABULOUS CATS


purrr semua...love cat

Tuesday, June 30, 2009

The Fabulous Cats








Wednesday, June 24, 2009

YO SAJA TULIS SEBAB BORING TAK DAPAT TIDUR



Terlihat jelas depan mata aku nie, tiada sesiapa pun mampu menjaga periuk nasi The Fabulous Cats kecuali aku,Cat Farish. Mujurlah ada Adeep yang telah aku lantik menjadi partner dalam company aku. Wangi dan Zizie akan mula jalankan kelab The Fabulous Cats dan pencarian Manager The Fabulous Cats diteruskan.
Bukan senang nak cari oooooo...Manager nie lah yang penting untuk menguruskan artistnya. Kena ada duit dan pandai carikan duit. Bukan duduk tunggu orang call. Kebanyakan artist manager yang ada tak sehebat beberapa kenalan Cat.
Diaorang tak harapkan panggilan, diaorang turun padang.
artist relax jaga karya dan personaliti saja.
Tu sebab The Fabulous Cats takda Manager. dan Cat lah manager sementara nie...

Faruk juga banyak membantu TFC dan dia lah orang kanan TFC.

TFC sekarang sedang menuju ke album yang ketiga. Diam diam jer dah ada tiga lagu dan kami akan ke konsep yang tak pernah kami terfikir nak masuk...tunggu dan lihat sajalah.Indipendently produce dan compose sendiri.

kontrack TFC baru saja Cat siapkan. mereka semua bernaung dibawah label sendiri Cat Presents Production Sdn Bhd.

masih berkongsi dengan metadome tapi project nie Cat mulakan tanpa arahan sesiapa kerana cat suka ikut gerak hati.

nantikan update dari wangi dan zizie

Friday, June 12, 2009

JULY YANG BARU,TFC TERUS SUPERB


Banyak berlaku sepanjang penglibatan The Fabulous Cats dalam industri,cabaran yang bukan calang calang.dugaan yang melanda juga membuat kami lebih semangat dan terus mahu maju.
Segala awards show yang kami angankan pun tak pernah tersenarai walaupun kami mempunyai album yang tersangat bagus dan berkualiti.jangankan nama bayang pun susah nak ada.
Bagi kami itu semua pembakar semangat untuk terus kekal.takpalah biarlah tak dapat kemana pun janji tiap tahun kami ada album.nak masuk album ketiga dan penukaran ahli wanita dah masuk kali yang keempat.
mulanya ellie kemudian alya dan terbaru farhana.
kini saya Cat Farish dan Adeep bersama dengan dua kuasa baru dan yang akan memberi aura baru pada The Fabulous Cats, Wangi dan Zizie.
Kami akan mengikat janji selama 15 bulan dan akan bergerak mulai 1st July.
Album Fabuloucity akan diedarkan hujung tahun ini.
Keluarnya Farhana tamatlah hikayat Hyperkosnik dan single terakhir yang akan diperdengarkan adalah Lari bersama Kombatt The Pilgrims.
Lagu yang ada potensi dalam album Hyperkosmik akan di tarik masuk ke dalam album terbaru Hyperkosmik.
semalam baru jer jumoa Nik Erwan bincang pasal baju untuk cover album dan image The Fabulous Cats. semua ada konsep pemakaian tersendiri.tengok je la nanti.
Namun Cat ada berita sedih skit la.Kafe Cat Kopicat tutup buat seketika untuk restructure balik. Adik Ipar Cat yang dua tu beralih perniagaan yang mereka mahir.yea la nak buat macam mana DJ Sumo dah bukak kafe dia sendiri.jadi Cat tak dapat nak bahagikan masa untuk kafe nie.jadi Cat serahkan perniagaan ini kepada Papa Cat yang ada kafe di Bukit Jalil.Kecik skit tapi sambung situ buat sementara.insyallah Cat dan partner baru akan mulakan Kopicat dengan konsep baru di tempat yang lain.Doakan.
Ok...
kepada semua yang mengikuti perkembangan teruskan bersama kerana kami akan update aktiviti aktiviti kami di blog dan facebook kami.
teruskan fabulous dan keep purring...
love Cat Farish

Thursday, June 11, 2009

SELAMAT DATANG ZIZIE


Friday, May 29, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Tuesday, May 26, 2009

YES AKU MENANG

Cat tgh hook main game perang...
terus terlintas nak tulis cara kemenangan main game ini...ini untuk semua yang membaca boleh digunakan untuk kegunaan diri sendiri atau berkumpulan.

Untuk terus kuat general kena kuat. Askar kena yang setia. Jadi kena kasi kemudahan yang cukup, makan, minum dan senjata. Dah ada semua tu mulakan taklukan.
Mula-mula tawan kawasan kecil dan kuatkan kubu di kawasan yang selamat.
Harus merhatikan kubu dan jangan ada kebocoran pada setiap penjuru kubu yang di tawan. Jika kelemahan dikesan dapatkan cara untuk upgrade askar atau tukarkan kepada Comander.
Serang kawasan besar la pulak.

Kalau kita kecik musuh besar?

Musuh akan cari strategi untuk serang. Dari situ kita akan menang. Simpan kekuatan dan Tonjolkan kelemahan. Kat situ je kita akan score. Tapi kita kena kuat dari segi lain la. Yang disimpan tu adalah senjata yang paling power.

Itu yang Cat pakai dari dulu sampai sekarang nie.

Dan semua yang pernah bersama Cat, Alhamdullilah lah semuanya menjadi dan berjaya. Korang cari sendiri la siapa. Disini lagi Cat berpijak.

Semua kerjaya perlu strategi. Macam nak pergi perang la.

Tapi ada juga orang yang susun strategi untuk jatuhkan orang. Itu tak elok dan hindarkanlah.

'AKU DAH MENANG DAN AKU TERUS MENANG SELAGI MAK AKU DOAKAN AKU' my new Rhyme yo!

AMIN bersyukur Cat kepada NYA kerana masih disini.love korang.