Friday, June 12, 2009

JULY YANG BARU,TFC TERUS SUPERB


Banyak berlaku sepanjang penglibatan The Fabulous Cats dalam industri,cabaran yang bukan calang calang.dugaan yang melanda juga membuat kami lebih semangat dan terus mahu maju.
Segala awards show yang kami angankan pun tak pernah tersenarai walaupun kami mempunyai album yang tersangat bagus dan berkualiti.jangankan nama bayang pun susah nak ada.
Bagi kami itu semua pembakar semangat untuk terus kekal.takpalah biarlah tak dapat kemana pun janji tiap tahun kami ada album.nak masuk album ketiga dan penukaran ahli wanita dah masuk kali yang keempat.
mulanya ellie kemudian alya dan terbaru farhana.
kini saya Cat Farish dan Adeep bersama dengan dua kuasa baru dan yang akan memberi aura baru pada The Fabulous Cats, Wangi dan Zizie.
Kami akan mengikat janji selama 15 bulan dan akan bergerak mulai 1st July.
Album Fabuloucity akan diedarkan hujung tahun ini.
Keluarnya Farhana tamatlah hikayat Hyperkosnik dan single terakhir yang akan diperdengarkan adalah Lari bersama Kombatt The Pilgrims.
Lagu yang ada potensi dalam album Hyperkosmik akan di tarik masuk ke dalam album terbaru Hyperkosmik.
semalam baru jer jumoa Nik Erwan bincang pasal baju untuk cover album dan image The Fabulous Cats. semua ada konsep pemakaian tersendiri.tengok je la nanti.
Namun Cat ada berita sedih skit la.Kafe Cat Kopicat tutup buat seketika untuk restructure balik. Adik Ipar Cat yang dua tu beralih perniagaan yang mereka mahir.yea la nak buat macam mana DJ Sumo dah bukak kafe dia sendiri.jadi Cat tak dapat nak bahagikan masa untuk kafe nie.jadi Cat serahkan perniagaan ini kepada Papa Cat yang ada kafe di Bukit Jalil.Kecik skit tapi sambung situ buat sementara.insyallah Cat dan partner baru akan mulakan Kopicat dengan konsep baru di tempat yang lain.Doakan.
Ok...
kepada semua yang mengikuti perkembangan teruskan bersama kerana kami akan update aktiviti aktiviti kami di blog dan facebook kami.
teruskan fabulous dan keep purring...
love Cat Farish

1 comment:

Melodic ControL said...

keep up the good work TFC..i minat lagu2 u all...best giler dan lain dr yg lain..Rimas,Bawaku Terbang, Slot Akasia,Ratu Novella,Boneka Rafia Mafia, Telefoto Layar Liar..Thumbs Up..