Tuesday, February 17, 2009

FEB DAN MARCH YANG MEMULAKAN

Yo yo...Update yang simple untuk anda
Terbaru kami akan kenalkan ahli baru The Fabulous Cats bulan ini di semua akbar dan media media cetak dan elektronik.
Pengunduran sementara DJ Sumo kerana beiau akan sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan beliau tahun hadapan dan akan sepenuhnya berkhimad sebagai chef di kopicat kafe. cuti sepanjang tahun la gamaknya tu.
Beliau akan diganti dengan seorang DJ yang akan kami kenalkan juga.
Kami akan mengambil hypeman untuk kumpulan ini.
jadinya keluarga The Fabulous Cats akan berkembang dari 4 org bersama 1 dj dan 1 hype man.
Kami juga sedang memilih pemain keyboard,guitar,bass dan drum untuk band yang akan mengiring persembahan kami.
Wowkan...ihihihi...ramai lagi meriah...

update show lak...

The Fabulous Cats akan ke utara utk promo bersama artist artist METADOME yang lain...
pada 21 dan 22 feb untuk mempromosi album kami Hyperkosmik yang agak laju perjalanan penjualannya.
Kami akan bersama ahli terbaru kami yang akan menyanyikan lagu baru dari album kami dan single baru.
saksikan Bawa Ku Terbang, Slot Akasia, Telefoto Layar Liar dan lagu lama kami secara live di sg.petani dan penang.
pada 25 dan 26 kami akan mengambarkan pengambaran 2 buah video kami untuk pasaran Indonesia.
kami akan ke Johor Bahru untuk Big Jam pada 1 March dan terus bersama anda di Kuala Lumpur dalam Zoom In bersama The Fabulous Cats dan kengkawan pada 4 March.
Kami ke Singapura pada 5 dan 6 March untuk radio promosi dan jalan jalan...hahahah
kami akan singgah ke Jasin,Melaka pada 7 March untuk concert bersama RTM,lokasi tak tau lak...nanti kami update...hihiihi
Akan bersama Anugerah Bintang Popular Road Tour dan Anugerah Industri Music Malaysia pada March dan April nanti...

see ya...cat farish

No comments: