Saturday, February 21, 2009

The Fabulous Cats di Sungai Petani






Aye yo cats! Di kala kami meng-update kamu semua, kami berada di Sungai Petani bersama dengan artis artis Metadome yang lain untuk menjayakan Metadome Allstars Roadtour.

Kami bersama dengan Liyana Jasmay and the band, Nitrus, Imran Ajmain, Nurul dan Zhana. Lagi best dapat bertemu dengan peminat peminat utara :)

Kami bertolak pukul 6 pagi tadi dari KL Sentral dan sampai tengahhari tadi. Berehat di hotel, dan membuat persembahan di 2 lokasi. Esok pagi, kami akan bertolak ke Penang untuk membuat persembahan disana.

Ahhh...tak sabar beb! Kami akan kembali ke Kuala Lumpur malam esok untuk Konsert Gaza di UiTM.

Satu lagi, lupa nak update. THE FABULOUS CATS ADALAH TOP 5 KUMPULAN PALING POPULAR UNTUK ANUGERAH BINTANG POPULAR!!! Excited sangat sangat, okay :) Sila start undi kami agar agar Insy'Allah kami terpilih sebagai artis berkumpulan paling popular. Tapi dengan hanya dicalonkan pun dah rasa nak terbang.

Alhamdulillah, rezeki makin melimpah dengan kehadiran anggota keempat kami, iaitu Wangi. Should check us out at the GAZA CONCERT this 23rd, 5pm.


Update ringkas aktiviti The Fab Cats:

22/02 - Penang Roadtour

23/02 - Konsert Gaza di UiTM, Shah Alam 5pm

24/02 - Interview Carta Era bersama Dina dan Nana

Recording rancangan AC DISINI

Shooting klip video Bawaku Terbang versi Indonesia

25/02 - Shooting klip video Papa Jahat versi Indonesia

26/02 - Recording rancangan REMAJA (datanglah beramai ramai ke Glenmarie, studio NTV7 untuk menyaksikan kami membuat persembahan acoustic)

27/02 - Adidas Anniversary, Zouk KL (akan ada surprise!! datanglah beramai ramai)

28/02 - Karangkraf Karnival, Karangkraf Shah Alam. Meet the fans session.

Bertolak ke Johor untuk Big Jam Hot FM.


Yang lain akan di update soon...


daaaaaaaa

xoxo,

Pedd Farhana (HANNA)

No comments: