Monday, March 24, 2008

Selepas 3 Minggu...



Kami ke Johor tanpa Adeep, kerana dia berada di Singapura. Kami bertemu di Johor, untuk show Astro Ceria Run for Fun, selepas 3 minggu masing masing 'bercuti'. 12 tengahari dari KL; hujan mengiringi perjalanan kami ke Johor. Kami sempat singgah untuk menjamu selera, dan juga sempat bertemu beberapa peminat di situ. Perjalanan diteruskan; hujan masih mengiringi sehingga ke JB. Air dari langit yang melimpah ruah.





Kami terus ke hotel, dan tidak ke tapak show memandangkan keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk melakukan soundcheck. Sempat berehat beberapa ketika, kemudian pihak Astro mengarahkan semua ke Danga Bay untuk makan malam dan soundcheck. Adeep di sana. Selepas makan, sementara menunggu waktu untuk soundcheck, kami sempat berhibur di Danga Street Mall. Selepas soundcheck, kami pulang ke hotel; tidur.










The Fabulous Cats + Zahid





The Fabulous Cats + Noni AF5





The Fabulous Cats + Farah Breep Breep




The Fabulous Cats + Farish Aziz




Awal pagi 23 Mac, kami ke Danga Bay. It's showtime! Untuk pertama kalinya, 'Bawaku Terbang' diperdengarkan kepada umum. Jelajah seterusnya di Shah Alam, 30 Mac.

The Fabulous Cats + Geng Bas Sekolah

No comments: