Thursday, April 28, 2011

THE LAST SINGLE FOR THE FABULOUS CATS

Perhatian semua yang The Fabulous Cats tidak dapat menemati saya Cat Farish yang akan berada di Kuantan pada Ahad ini untuk Jom Heboh.
Cat Farish untuk kini merancanga pelancaran album ketiga mereka, Digital Symphony untuk dipasarkan pada June ini dengan memuatkan 5 buah lagu, 3 instrumental dan beberapa remix song.
Dengan pelancaran album ini The Fabulous Cats akan menghentikan produksi buat sementara untuk melepaskan album solo ahli ahli kumpulan ini.
Walaupun produksi dihentikan tetap persembahan dan promo untuk The Fabulous Cats diteruskan. Cat Farish masih belum membuat keputusan untuk meneruskan karier solonya kerana sibuk dengan menerbit album album artistnya dan kompilasi KL-Pop.
Z.I.Zie atau zizie juga telah merakamkan lagu solonya dan akan merakam beberapa lagu bersama Cat Farish. Zizie membawa konsep Pop dan kebanyak lagu yang akan dimuatkan dalam e.p juga hasil dari penulisannya.
Adeep akan mengeluarkan singlenya dalam masa terdekat dan lagu ciptaannya ini bakal mengisi kekosongan lagu lagu r&b di setiap corong radio tempatan. Lagu ini ada menampilkan sahabat sahabatnya yang masih dirahsiakan. hihihihi...tunggu
Jadual pengajiannya yang terlalu penuh,Wangi Julianda pula terlalu kecewa kerana tidak dapat bersama The Fabulous Cats buat seketika waktu. Dalam cuti semesta dia akan datang, Wangi akan merakamkan lagu duet. Insyallah.
Setiap ahli akan meneruskan kerjaya nyanyian mereka dan berakhirlah perjalanan produksi The Fabulous Cats selepas single terakhir mereka 'SUKA SUKA'. Album seterusnya akan dijalankan selepas album/ep/single ahli ahli The Fabulous Cats. Tetapi The Fabulous Cats masih teruskan persembahan dan promo bersama.

SEKIAN DAN UPDATE SELALU DISINI SEMUA.

2 comments:

Hairie Kadir said...

Bro Saya nak lagu suka-suka la . Dah lama saya mencari lagu tu . Sejak tahun lepas lagi la. Kalau boleh send CD ker saya bank in la . .0122641438

princess saggitarius said...

yup saya pon dok mencari lagu suka2..btw carik album the fabulous cats yang ada lagu tu..xde pun dekat tempat2 terdkat (kl)..