Friday, May 1, 2009

LETIH LETIH

Bila tersebar secara official Farhana keluar semua menyangka buruk dan pandang serong. Secara terus terang Cat lagi pening nak lalu semua nie tapi nak buat macam mana dah kehendak dan kemampuan seseorang untuk bertahan atau tidak. Farhana mengambil keputusan keluar meninggalkan kami atas sebab tersendiri dan meletakkan jawatan terus angkat kaki melalui persetujuan kami dan label kamai, Metadome.

Ada mulut cakap Wangi patut keluar, ada yang cakap kenapa Sumo keluar dan macam macam tomahan dan hinaan tapi realitinya mereka meninggalkan kesan besar kepada saya Cat Farish yang telah mengabis masa dan kederat untuk kumpulan ini. saya terpaksa akur dan lama bersedia untuk menghadapi semua ini.

Bayangkan keluarnya seorang dari kumpulan itu, kena buat recording semula, video semula dan semua kena jadi baru. On Farhana pulak dia mempunyai sebab tertentu dan tidaklah boleh menyalahkan dia. Kalau nak ikutkan kontrak, yang keluar kena tanggung semua kos yang telah dikeluarkan dan kami bukan sezalim itu. Buat apa nak paksa paksa atau menahan orang yang perlukan pertolongan seperti Farhana yang perlukan ruang itu.

Bayangkanlah saya terpaksa harung pagi ke pagi untuk merakam semula lagu lagu yang sama. Mengeluarkan budget untuk video shoot semula bawaku terbang dan lain lain dan kerja ini bukan senang. Sebelum semua ini kena grum sesiapa yang bakal menggantikan nya.

Dah la wangi belum matang dengan kami dah kena cari baru. Wow!!! Dugaan…

Farhana mempunyai alasan yang cukup kuat untuk keluar. Dan itu masalah yang dinyatakannya itu akan mengganggu perjalanan promosi album kami dan keputusan itu adalah sewajarnya walau kami menanggung segala dugaan baru.

Kalau ada jodoh adalah kalau takda nak buat macam mana.

Kami tak menyalahkan peminat Farhana marah terhadap keputusan Farhana sendiri dan kami tak marah sesiapa yang marah kami tentang keputusan Farhana bukan kami.

Walau bagaimana kami masih lagi teruskan perjalanan ini.

Yang pasti good luck Farhana dengan kerjaya terbaru dan moga sukses seperti Alya. Amin.

Cat Farish yang tenang.

1 comment:

All is yA...CuTe GUrL fROm MarIkh said...

ehmm...syg nyer.....sy sgt suke farhana.....die comel..suara die pun best..ehmm..syg sungguh....knape die keluar ek?knape?die sgt bgs...syang btol die keluar...dj sumo pn...benarnye kombinasi korg berempt mmg da cukp ngam,nmpk cm comel sgt 4-4 skali...sgt sesuai..kami pun da biase tgk tfc mcm 2..ehmm...cm xsesuai ajer...........sygkn farahan..