Tuesday, March 17, 2009

JAKARTA CHILL TO ROCKIN GANU

Salam semua,
Langkah paling awal kami ke pasaran Indonesia ialah,mencari management dan team disana.Pihak Metadome telah menemukan kami dengan Mr Johandi dari Oxygen ent.Mereka bertanggung jawab memasarkan Tangga dan Irwan Syah di Indonesia.Agak letih juga bila dapat peluang berehat kami lupa yang kami dinegara orang dan masa tidur kami begitu awal.jam 9pm dah tidur...apa barang...hahahhaaha...shopping ITC Mall Mangga Dua untuk persiapan baju baju show dan jumpa keluarga Wangi berbincang tentang Kontrak.

Baru lega pulang dari Jakarta,pagi esok kami terus ke Terengganu untuk promo tour ABP.8 jam dalam bas tapi tak terasa bosan kerana bas advance abis,Sinarmas.Sampai disambut di pintu hotel service appartment,Sumai Suite Hotel.Malam tu ada la makan makan dengan V.I.P,artist dan Berita Harian Crew.Lepas tu acara bebas kami ke Bundle.shopping gila la...hahahhah

Sabtu kami mulakan langkah ke Taman Tamadun Islam.Semua replika masjid masjid diseluruh dunia ada dipamerkan,siap ada visual yang dirakamkan untuk kita faham dan pelajari sejarah ia dibina.Makan tghari dan terus ke Maiden Mall untuk show.

Sampai jam 2pm tapi show mula jam 3pm dan hujan.Kami semua masih menunggu giliran,Cat tkda suara dan batuk batuk,Wangi dan Ana layan tidur dalam bas dan Adeep layan kareoke kat bawah bas dengan Ayu,Nubhan dan Riz.Jam 5pm kami dah standby hujan masih renyai renyai.Naik pentas terus nyanyi lagu Slot Akasia.Masuk Bawaku Terbang Cat turun bawah dalam hujan hujan.Nampak line clear jer masuk lagu Papa Jahat Kami semua mandi hujan bersama dengan orang orang Terengganu yang sangatlah sporting sampai la Cat deman hari nie.

UNTUK SEMUA VOTELAH KAMI SEBAGAI ARTIST VOKAL BERKUMPULAN YANG MEWAKILI GENRE HIP HOP DAN RNB YANG MAKIN KECIL INI DAN SATU SATUNYA KUMPULAN YG BERSAING DENGAN BAND BAND INDIE.MENANG ITU REZEKI.AMIN

Road Tour seterusnya,

KUANTAN PARADE 21 MARCH 2009

Jumpa disana ya..

No comments: