LEPAS
tema lagu drama episode terbaik tv3 EZORA
Verse
Tidak terdaya melihat apa yang telah dibina
Bertahun lamanya tetap dijalan yang sama
Segala helahmu,hingga kayu tiga,
Merata-rata di dalam kisah kita
Memang perjalananku banyak cacat celanya
Fahamku segalanya punca percaya
Biar ku pergi,kerna ku terpaksa
Dari ditinggalkan kan mu,begitu saja..
Chorus
Lepaskanlah dari tersiksa,
Biarlah bebas janganlah merana,
Masih dirimu,Kasih yang dirindu
Coba dah coba,sayang dah sayang
Cuma kita tiada
Puisi
Terlanjurnya jiwa kita terbang jauh dari cinta
Kerna kita bebas dan terlalu selesa
Ketegangan cinta buat kekosongan jiwa
Jarang bersemuka bertemu selesaikan sengketa
Muncul bayang ketiga mencelah mencela
Menimpa sedikit bencana perlahan terhakis kita
Rindu kini ke dia….sayang lebih kearahnya
Kaseh kurang agaknya….dah semua untuknya
Beralih focus kita semakin terhapus
Lebih baik kita hangus dari kita terus haus
Berat melepaskan walaupun beralasan dah seacuan
Tapi hancur keracunan
Tiada yang bersalah
Takdirnya kita berbalah
Sama dah menyerah
Bukan bererti menyampah
Berpegangan tangan semula
Walau berbeza empuan
Tiada dendam antara kita
Chorus
Sajak
Senyumku lakaran senyummu
Siang malam kamu
Dongak langit seperti bertentangan mata denganmu
Kekok bila tiada
Pastikan rindu
Brigde
Kau (dan)
aku bersama (mendaki)
Pelangi asmara (menuai)
Warna kasih mengikut aura cinta kita (dibina dimana letaknya tiada)
Pastikan bertahta, sebuah kisah derita
Berakhir episode yang pertama
Bermula cereka tanpa kita
Chorus sampai habis
-------------------------------------------------------------------------------------
BONEKA RAFIA MAFIA
Chorus
Boneka hidupkah kita di dunia
Dikawal rafia mafia media
Ibarat kostranostra bermaharajalela
Punya policia tapi tak bernyawa
Verse
Umpama seladang ditusuk tubuhnya
Gagahnya megah hilang serta merta
Dijadikan santapan mata mata
Taruhan sirentang merah
Pria primadona menjaja rupa
Diarak disanjung merata rata
Hidup didalam pesona
Cahaya mendatar tapi tak bernada
Pre-Chorus
gelombang beraneka
berkuasa tahap dewa
butakan telinga
putaran carca marba
pengkarya tak berirama
sumbang akalnya
Chorus
Verse
lanang diam meratap membisu
sidayang pula menangis tersedu
mengangis meronta menadah dian
yang terselindung diapit awan
Pre-Chorus
Chorus
Madah Pujangga
fiesta pendatang pendapatan saudagar antarabangsa disediakan
penglipurlara berkongsi wayang segelas minuman santapan kaisan
abet kronisme berleluasa memberi darjat rendah penghibur desa
absolutisme media berleluasa dari jajahan kerajaan kita
hujah penada mendatar dijulang permaidani merah walau cengi arcanya
adakah lagi penjana seniman semua dimahkota jemari jelata
gala gemilang gah dikacamata mereka mereka untuk mereka mereka
gering ku ku gerakkan gerilla dimana ritma dan puisikan bertahta
Chorus sampai habis
-------------------------------------------------------------------------------------
SLOT AKASIA
lagu tema MUZIKAL TEATER IMPAK MAKSIMA
Verse
Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa
Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang
Chorus
Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia
Verse
Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang
Chorus
Brigde
Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta
Madah Pujangga
Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati
Chorus sampai habis
-------------------------------------------------------------------------------------
Wayang Chentaku Bermula
lagu ciptaan Cat Farish untuk Puteri Sulungnya Nia Karlyssa
Haha
Hanya kita berdua 3x
kau dan aku haha
mummy juga
Rap 1
Assalamualaikum atas kehadiranmu
Diantara dua tapak tangan terlihat dirimu
Kini ku sedari aku lelaki sejati
Tanggungjawab lebihnya berkali kali
diletakkan dipangkuan mummymu dulu
Masih janggal
untukku mendukung kamu
Sekecik syiling kini didakapan dada
Kubisikan azan qa’mat ketelinga
bakal diberi segala sebaik ilmu
keperluan perjalanan sepanjang hayatmu
agar selamat dunia akhirat
baik buruk salah silap biar terlihat
diletakkanmu dibawah kalambu baru
barang keperluanmu lebih dari aku
tidurku jaga tiada titik mata buka
doaku agar jadi bapa suami sempurna
Chorus
Anggun dan cantik sempurna acuan
Tercipta cinta restu dari tuhan
Perasaan tak dapatku tahan
Dalam dakapanku tangisan menawan
Kutatap wajahmu lantas terharu
Senyuman terpapar berkaca mataku
Bakal bersama kita kecapi seadanya
Wayang cintaku bermula
Rap 2
Lena tidurmu mengereng ketepi
tangan sentuh pipi miripnya daddy
kanku menatapmu setiap masa
belai rapimu dipanggil dengan manja
hinggap rotan di belakang bila nakal
jangan langgar janji jangan hilang akal
30 juzuk disimpan dalam hati
besar nanti buatkan pedinding diri
hormati orang tua sekelingmu
fahamilah apa kata kata guru
satu hari kan kenal erti sayang
jaga dirimu jangan lupa sembahyang
5 waktu…
terfikir kerjayamu nanti jadi apa
lawyer doctor usahawan jurutera
atau ikut daddy berseni jadi emcee
Chorus
Brigde
Untuk mu kaseh sayang kan ku curah kan segala yang kau perlu tuk selama lamanya
Inilah dendangan laguku untukmu
Rap 3
tak sabarku melihat kau dewasa
terlihat kau merangkak mencuba cuba
takteh takteh dipinpin mula mula
melihat kau berjalan buat ku suka
perkataan pertama lain bunyinya
teraba raba cuba pula mengeja
berpakaian seragam ke sekolah
awal pendidikan terus kemercunya
tak sabar melihat temannya siapa
tentu pilihan temannya yang membina
mengadu kaseh masalah remaja
ku jaganya bila mula jatuh cinta
dan laluan hidupnya dari masa ke masa
pejam celik dia kan berumah tangga
tak sabar ku mendakap cahaya matanya
doaku biarlah sempurna seadanya
Chorus sampai habis
-------------------------------------------------------------------------------------
TELEFOTO LAYAR LIAR
lagu tema untuk novel yang akan dipasarankan January 2009 yang ditulis sepenuhnya oleh FARHANA dari kisah anggota The Fabulous Cats dan lagu lagu dalam album Hyperkosmik.
Verse
Datangnya dalam angan jika mata dipejam serapatnya
Meraba raba kala senja dalam kamar dewa
Datanglah cuba hampiri
Usahlah engkau ragui
Obsesi terhadap kamu
Menjadi Defanasiku
Wujudkan imaginasiku
Bawaku kealam fantasimu
Spekifikasi cinta senandung indah dikupingku
Chorus
Kaburkan gelap suram lenaku
Sarung sutera madah bibirmu
Konspirasi khayalan diri
Telefoto layar liarku
Rentang senyuman titian madu
Kosmik putaran roda yang baru
Lambaian sinis itu dahulu
Telefoto layar liarku
Madah Pujangga
Kaca lensa kornea ditawan
Gamatku kebas sendi melawan
Dikawal pandangan tajam primadona berlesung menggoda
Tatatu sila istimewa
Sekhatulisttiwa rupanya
Wajah berbicara tanpa suara rasuk deria ke lena
Langkah mu sempurna lengkuk biola telenovela Mexicana
Tercipta teliti celana ranggi bertutup pun seksi
Terpaku berbicara ayatnya sakti (wow)
Penglipur lara mula padamu ku berzanji
Verse
Wujudkan imaginasiku
Bawaku kealam fantasimu
Spekifikasi cinta senandung indah dikupingku
Chorus
Brigde
Gerak gerimu bak pari pari
Cahaya senyummu bagai bidadari
Lenggok bicara bagaikan puteri dari uthari
Antara semua tujuh lautan
Keajaiban dunia yang kelapan
Engkaulah terakhir yang ku inginkan ku idamkan
Madah Xema
Kau pegang erat janjiku
Kau sediakan rasa rinduku
Kau bawa sinar ke jiwaku
Kau lenakan tidurku
Impiku inginkan kau bersama dengan ku
Terbang kita hanyut dibuai khayalan darimu
Dan ku senang dalam dakapanmu
Bawalah daku ayuh kita ke awan biru
Dialog
Chorus sampai habis
-------------------------------------------------------------------------------------
Ratu Novella
Verse
Bertumit tinggi
Jari warna warni
Rambut kuning macam ikan laga
Pipi merah macam lampu traffic
Ahli silentik semacam ekor kuda
Badan melentik
Jalan terkedik
Buat buat tonggek
Asyik beregek
Nak Nampak gerek
Biar…
Kata orang tak dipedulikannya
Tambah mengada
Biar…
Ditolak degan aneka cara
Ratu beraja
Chorus
Dia ratunovela
Gaya hidup si drama mama
Cerita ceritanya saja
Mana mana
Ya ya ya ya
Lenggang lenggok bak primadona
Posing maut bertahta tiara
Gincu tebal merah menyala
Itu dia si
Ya ya ya yo ooo
Yo yo yo ooo
Verse
Kawan kawan langkah seribu
Semua dah tak sebulu
Sebab taut takut denggan gelagat yang tak menentu
Kata orang engkau tak setuju engkau anggap itu merapu
Engkau bagai si luncai terjun dengan labu
Chorus
Dialog
Tuan tuan dan puan puan
Ladies and gentlemen
Tukang bancuh tukang simen
Tukang kasut serta pomen
Postoman rotiman
Superman Ultraman
Keluangman Cicakman
Sua sue good morning
Jaga jaga ya
Sebelum termain
Sedar tak sedar
Dalam kelompok kawan kawan kita sendiri
Mungkin kita sendiri
Yang berkelakuan sepertinya
Madah Pujangga
Cerita berbisa ini penambah macp
Minah superstar lagak bak peragawati
Ratu novella meletup segala ciri ciri
Hidup pasti tinggi ulu mari paling asli
Cari kawan handal untuk senang jadi terkenal
Make up kena tebal lagaknya tak boleh diramal
Tak kisah menumpang kadang kadang bagaikan parasit
Kandang ke kandang meninggalkan penyakit
Bibirnya tebal menyala macam bercili
Baru nak tabit berpot pet tak henti henti
Menyapuk cerita ceritanya lagi gila
Sekali memek muka tangan kaki berbicara
Melaram merata rata malam berpesta saja
Gerangan takdiundang pasti dia menjelma
Nak ditegur salah ratu bahan jenaka
Biarkan saja
Persembahkan ratu novella
Chorus sampai habis
-------------------------------------------------------------------------------------
LARI
Chorus
Lari lari lari aku lari
Lari lari lari dari mimpi
Lari lari aku lari dari sepi
Biar ku sendiri
Biar ku sendiri
Menganggung sepi menghilangkan diri
Menenangkan hati meneruskan mimipi
Menebus kembali
Maruah diri
Rap 1
Dia buluh yang tak dilentur
Penagih kasih sayang harapan sipenghuur
Didikan tiada dari orang tua nya
Rangkaian kaca jahudi menemani jalan hidup
Dia dah kenal cinta
Dia mula dah suka
Sudah berteman teman
Sudah berpegangan tangan
Cuba ringan ringan dah sampai nak ke lengan
Suka sama suka hina dosalah santapan
Dinoda goda tiba tiba duka dah diduga dah berbadan dua
Mana angkara hilang tah kemana terpinga pinga bencana menimpa
Tersorong sorang orang tua meradang tangan melayang menayang tak henti memanjang
Tiada memandang tiada dahu disandang
Terkapai duyong meraba capai baying dayung
Verse
Salah siapa salahkah kita
Salahkah aku atau kamu
Siapa ditanggung
Siapa mengendung
Siapa menanggung yang dikendung
Chorus
Rap
Sayang sayang kan dah jadi nangka
Taburan kertas kemewahan menelan simanja
Pinta papa saja papa hidangkan ya
Destinasi mana mama turutkan juga
Didikan cukup disediakan dengan sempurna
Cuma papa mama lupa nak ada bersama
Anakda merana ketagih belaian jiwa
Mengemis kasih saying bibik teman saudara
Tak cukup rasa memang tak serupa
Berkenalan pula dengan kokaina
Khayal khayalnya kebas sentiasa
Diampunya itu lah cintanya
Jamah jamuan santapan harian
Gigilan badan bagaikan taufan
Terlantar telanjang dikamarnya samar
Terpejam dia pejam tercerai dari badan
Verse
Chorus
Brigde
Berbagai cara untuk meneruskan
Perjalan yang tiada akhir
Aku sendiri mencari jalan pasti
Biarpun ku pun berlari pastikan ku temui
Berbagai cara untuk meneruskan
dosa dosa yang tiada henti
Aku sendiri meraba cari erti
Pastikan ku temui
Pastikan ku temui
Chorus sampai habis
-------------------------------------------------------------------------------------
OLA OLE
Chorus
Ola Ole (ola la la la ola le)
Ola la la la la le
Verse
Era baru yang dinanti nanti
Sambutan yang pasti
Diraikan sebesar hati
Jangan sampai lupa diri
Dari sikecil dewasa
Tua muda menanti tiba masa nya
Untuk segala duka lama tinggalkan untuk selamanya
Mari melangkah ke era baru
Bersama senyuman irama hatimu
Chorus
Verse
Ola Ole nama yang diberi
Untuk acara sebegini
Ola Ola marilah kemari
Sama sama ikut menyanyikan lagu ini
Tiga enam lima hari sekelip mata berlalu pergi
Bina impian baru jalani hidup ini
Dua empat sifar tujuh setiap jam dan seminit seminggu
Tiba masa menghitung untuk saat yang baru
Chorus
Brigde
Detik satu persatu pantas berlalu
Alunan debaran jiwa aura berdiri roma iramaku
Sebelum terbenam bulan terbit mentari
Rasakan degupan jantung rentak dengutan nadi
Madah Pujangga
Selamat datang dan kita ke seterusnya
Pimpin tangan bersama kita ke era yang bakal tiba
Apa yang baru
Nafas yang baru
Hidup yang baru
Tak tahu apa yang berlaku
Langkah satu persatu dengan saling membantu
Satu sama satu samalah kita bersatu
Hentikan sifat yang tak bertamadun
Hidup berbilang bangsa agama itu yang telah tersusun
Hey
Hayunkan tangan seperti yang biasa dilakukan
Berbeza cara kiri kanan atau ke hadapan
Kebelakang dan badan sama bergerak
Lenggang lenggok pinggang mengikut rentak
Hendak semua bersama bernada berdendang
Ola ole berleluasa kini berkumandang
Jangan pandang saja sama turun padang
Bilang dari belakang sama sama kita
Berola ole ola ole hoo
Chorus sampai habis
No comments:
Post a Comment