Tuesday, November 27, 2007

Assalamualaikum, pendahuluan

Assalamualaikum sekali lagi. Nama saya Mylo dan saya dipertanggungjawabkan unuk menulis tentang sebuah kumpulan vokal hiphop Malaysia iaitu The Fabulous Cats. Nama penuh saya Mylo Essential Mix. Bukan orang Melayu tetapi..ehehe rahsia. Jadi andai kata tersilap bahasa, terkasar cara penyampaian sudilah kalian memaafkan saya didalam fail evaluasi kalian.

Cukup tentang saya, mari kita cerita tentang TFC. Ditubuhkan di tahun 2005, setelah bertukar 'line-up' untuk beberapa kali, inilah muka muka permanent yang akan menghantui peminat peminat muzik eksperimentasi hiphop mereka. Mengapa saya tahu banyak sangat tentang mereka? Saya kawan rapat kumpulan ini. Walaupun saya tak la se hensem mana, se cantik mereka, tetapi mereka membenarkan saya mengikuti perkembangan mereka dari yang paling private (hehehe) sehingga yang terbuka.

Jangan salah sangka, ini adalah OFFICIAL BLOGSPOT THE FABULOUSCATS. Untuk memendekkan merepek saya, mari kita kenal kenal dengan mereka.

Mula bicara, serangkap pantun dipersembahkan

Ahli baru muka baru,
Tahun baru azam baru,
Album baru lagu hit baru,
Harap kalian terima dengan hati terbuka...aaauuuuuuuu!!




gambar ihsan budiey.com

Ini DJ Sumo atau nama sebenar Luqman Nur Hakim. Berumur lewat 20-an. Selain Memutarkan piring hitam, beliau memang pandai betul memasak. Dan bukan kerana itu dia comel. Mengikut kata kata sayup, beliau comel kerana 'happy' dan k
erana murah dengan senyuman. Peramah Sumo ni. Serius, tak tipu. Dia boleh pergi tegur je sesiapa yang ada didepan mata. Kadang kadang orang pelik. Kami pun pelik tetapi itulah DJ Sumo kita. Telan je. Selain menggesek piring didapur mahupun diatas turntable nya, anak didik DJ UNO ini juga akan mengeluarkan mixtape gesekan jari jemarinya tidak lama lagi. Kita tunggu kan.

gambar ihsan cik anum ;)

Ini pula Farhana Razali. Ahli wanita terkini TFC. Ye, ye kami tahu banyak kali sudah bertukar ahli kumpulan wanita dan tak perlu bertanya soalan yang sama lagi. Chemistry antara mereka didalam kumpulan ini ngam juga akhirnya pabila vokalis wanita yang dilahirkan sebagai Siti Rafidah Razali @ Farhana ini membuat keputusan untuk menyanyi sepenuh masa dengan TFC. Setelah kehilangan anggota wanita yang terakhir, Farhana dijemput oleh kawan lamanya Cat Farish untuk menyanyi sebagai 'sessionist' untuk tour filem Impak Maksima, bulan Ogos 2007. Pada bulan Disember 2007, Farhana atau lebih senang dipanggil Ana ditanya oleh TFC sebuah soalan 'cepu mas'. "Nak join fulltime ngan kitorang?". Dia termenung seketika dan menjawab..."yes". Dengan itu ikatan persahabatan dan partners termetri. kehkeh. Sejak itu beliau berhenti kerja jam 9-5 beliau dan bergelar penyanyi tetap TFC. Selain menyanyi, Farhana adalah seorang penulis tegar, artis (yang menyimbah warna diatas kertas mahupun kanvas) dan juga vokalis band band indie iaitu ODDSTARS & MALOKAIGRUV. Pernah menjadi sessionist untuk band band seperti The Otherside Orchestra (they rock!) dan GerhanaSkaCinta. Beliau yang pernah menjadi pereka fesyen jenama hiphop pertama Asia iaitu Be Elementz adalah pereka jenama LENGGOK & LENGGOQ keluaran syarikat Cat Presents Production dan edaran Echo Park.

gambar ihsan mr google

Yang seterusnya, kalau kamu tidak kenal lagi...saya akan rasa pelik. Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Adeep adalah satu satunya anggota yang berasal dari Kota Singa. Sudah menetap di Malaysia lebih dari beberapa tahun, beliau adalah salah seorang penyanyi yang paling berbakat. Dari segi vokal, penyusunan lagu, lirik, production, melodi sehingga lah kepada lawak lawak jenaka yang membuatkan gendut saya bergoyang. Pernah menyanyi bersama nama nama terkenal Kota Singa seperti Hadi Mirza (Asian Idol), Taufik Batishah (Singapore Idol) dan Jboy. Kumpulan yang pernah disertai oleh beliau adalah Fabulous Forte' dan 2D. Orang nya sangat serious (lihat gambar) ketika bekerja dan seorang pelawak handal ketika lepak bersama nya (lihat gambar yang sama juga). Mempopularkan lagu lama, Chantek dengan gubahan Altimet, tidak logik jika kalian kata kalian tidak pernah mendengar lagu itu. Tidak logikkkkk!!! (emosi euro pula. maaf)



Dan yang terakhir, Farish Ramli. Mungkin sesiapa yang kata tak kenal hanya mengundang penyepak dimuka. Tak laju, tetapi pantas. Cat atau kami panggil Farish adalah seorang rapper, producer, penulis lirik, penyusun lagu, penggubah melodi, pelakon, pelawak, bapa kepada Nia, pengacara dan usahawan kedai kopi (nanti kita cerita). Tak banyak orang tahu yang Farish adalah tulang belakang organisasi Cat Presents Production yang telah membawa banyak nama nama ke persada seni. Yang tegar dan yang kelam. Beliau baru buka sebuah kedai kopi/ cafe yang dinamakan COPYCAT CAFE di Bangi. Cafe yang telah menjadi tempat makan dan lepak anak anak remaja 'in' kini akan dijadikan franchise serata negara, insya'Allah. Kini beliau betul betul menjadi seorang papa, beliau melihat muzik inovatif nya dan segala kemampuan sebagai bisnes. Pelopor lawak merepek yang telah diturunkan takhtanya kepada Adeep, beliau menitikberat nilai nilai murni orang Melayu. Mentor kepada ahli ahli lain dan bercita cita untuk melahirkan lebih ramai bakat bakat yang berkualiti yang baru dan seterusnya memperkembangkan muzik hiphop tanahair.

Itu sahajalah pendahuluan buat blog ini. Jumpa kejap lagi. Akhir kata, jikalau kalian resah ingin sangat melihat saya siapa, saya terpaksa meletak gambar diri sebenar walaupun masa itu saya tak bermekap. Disebelah saya adalah PA saya, Allegra (tiada nama akhir, seperti Madonna). Maklumlah, kerja menjadi penulis blog bukanlah kerja mudah.



Mylo.

Eh! 20 Yang Anggun .... Suria Launch Concert

Last Saturday, 24 November... kami berada di Ruums KL... we were performing for Eh! 20 Yang Anggun... happening... best...

One of the songs performed was Tarapapa... featuring Sedozen...
Lagu-lagu lain antaranya Papa Jahat...

*****


Lepas itu kami lari pula ke Dataran Merdeka... ada show lain .. it was for Suria FM Launch... Ade Mawi, Erra, Taufik, Syed Azmir, Imran Ajmain, Dayang and of course FabCats.






Mylo.




No comments: