Saturday, February 28, 2009

Jemputan istimewa buat Fancy Cats..




ini demo KUALA LUMPUR DRUMLINE CORP

Permulaan yang baru

yup mari mari tuan tuan dan puan puan...

nie lah kelakuan kami yang gila bergambor...







UPDATE SHOW TFC

28 Feb 2009 - JORAN,DI Tanjung Keling,Melaka jam 10pm

01 Mac 2009 - HOT FM BIG JAM,Parking Lot Danga Bay,Johor Bahru jam 8pm

02 Mac 2009 - 04 Feb 2009 - Zoom in Syok Nyeeer Cinta,Angkasapuri RTM
bersama Lah Ahmad,Marsha,Along Raja Lawak,Kuala Lumpur Drumline dan Dato David Arramugam.

05 Mac 2009 - Singapore magazine n Daily news interview terus shopping...

06 Mac 2009 - Interview with Ria fm Radio Singapore jam 8pm

07 Mac 2009 - RTM Concert di Yasin,Melaka jam 6pm

08 Mac 2009 - 12 Feb 2009 - 1st promo trip to Jakarta

14 Mac 2009 - ABP Road Trip to Maidin Mall,Terengganu

16 Mac 2009 - Wanita Hari Ini,Sri Pentas 1

20 Mac 2009 - ABP Road Trip to Kuantan Parade,Kuantan

28 Mac 2009 - ABP Road Trip to Batu Pahat Mall,Johor

will update yall soon

04 Apr 2009 - ABP Road Trip to Klang Parade,Klang

Friday, February 27, 2009

Brita baik dan boruk untuk fancy cats

Tahun yang cemerlang ini telah membuktikan kebolehan The Fabulous Cats menaikkan diri dengan kekuatan vokal,muzik yang advance,pemakaian dan yang paling utama bukan faktor kejambuan.talent dude...
kemasukkan wangi juga telah menambahkan keanggunan the fabulous cats yang dulunya hanya menumpang aura istimewa farhana.maklumlah kami nie comel comel jer..hahahhha
ABP,kumpulan/duo popular...wow berita baik untuk kami walau pun dlm kedudukan kelima.janji ada number..hihihhih
kami telah dijaga rapi oleh manager kami syad yang menilaikan kualiti dan produktiviti...jadi kehadiran tepat pada masa kamialhamdulillah teratur...
label kami yang banyak membantu kami juga patut dapat props nie...go metadome!!!

berita buruk buat kami dan fancy cats adalah pengunduran DJ Sumo yang amat mengejutkan dan kesedihan ini hanya dapat kami kongssi disini.mulanya cuti tetapi dia telah meninggalkan kami atas kerana masalah keluarga dan kerja. DJ Sumo akan bekerja di KLIA sepenuh masa sebagai chef dan juga telah meninggalkan Kopicat kafe.kami tidak dapat menghalang hanya mahu penjelasannya kepada press dan rakan rakan setugas yang lain.

kegembiraan kami hanya melihat dia dari jauh yang akan bertunang dgn gadis pilihannya mungkin akan berkahwin awal tahun depan.mungkin karier nyanyian bukan pilihan DJ Sumo.DJ Sumo juga memberitahu kami yang dia sekarang perlu pekerjaan tetap kerana menanggung mamanya yang menjalani pembedahan dua hari lepas.DJ Sumo satu satunya anak yang bertanggung jawab dgn keluarganya dan hormatilah keputusannya.

Apa apa pun kami sekali lagi terasa amat sedih kerana dapat tahu perkara in dengan mengejut dan ketika waktu kami sedang meningkat ke satu tahap yang baik.

Inilah pancaroba dunia,

kasih ibu bawa kesyurga ya.

semoga DJ Sumo aka Lokman akan terus success...

Wednesday, February 25, 2009

Introducing Wangi

Hello Kucing-kucing sekalian!..

Rasanya ramai yang tertanya-tanya tentang ahlil kucing yang terbaru kami.. So, let us introduce u all to..

WANGI

Say hello to Wangi.. Wangi tiba di Kuala Lumpur untuk menyertai kami secara rasminya pada 13hb Februari 2009..

Nama Penuh:
Wangi Julianda
Samaran :
Wangi
Tempat Lahir :
Bandung
Tarikh Lahir :
22 desember 1989
Pendidikan:
Mahasiswa di Universitas Padjadjaran
Major:
Management
Idol:
Krisdayanti & rihanna



Selama berada disini, pelbagai aktiviti yang telah kami jalankan dari Recording, Show, Photoshoot, TV interview, Radio interview, Magazine interview.. bla bla bla.. semua lah.. Bak kata Wangi.. "Cape!".. tapi tak apa, kami suka. Permulaan yang bagus untuk tahun ini kan? Harap-harap semua yang baik aja untuk The Fabulous Cats tahun ni.. dan tahun-tahun yang mendatang.. Amin.

Saturday, February 21, 2009

The Fabulous Cats di Sungai Petani






Aye yo cats! Di kala kami meng-update kamu semua, kami berada di Sungai Petani bersama dengan artis artis Metadome yang lain untuk menjayakan Metadome Allstars Roadtour.

Kami bersama dengan Liyana Jasmay and the band, Nitrus, Imran Ajmain, Nurul dan Zhana. Lagi best dapat bertemu dengan peminat peminat utara :)

Kami bertolak pukul 6 pagi tadi dari KL Sentral dan sampai tengahhari tadi. Berehat di hotel, dan membuat persembahan di 2 lokasi. Esok pagi, kami akan bertolak ke Penang untuk membuat persembahan disana.

Ahhh...tak sabar beb! Kami akan kembali ke Kuala Lumpur malam esok untuk Konsert Gaza di UiTM.

Satu lagi, lupa nak update. THE FABULOUS CATS ADALAH TOP 5 KUMPULAN PALING POPULAR UNTUK ANUGERAH BINTANG POPULAR!!! Excited sangat sangat, okay :) Sila start undi kami agar agar Insy'Allah kami terpilih sebagai artis berkumpulan paling popular. Tapi dengan hanya dicalonkan pun dah rasa nak terbang.

Alhamdulillah, rezeki makin melimpah dengan kehadiran anggota keempat kami, iaitu Wangi. Should check us out at the GAZA CONCERT this 23rd, 5pm.


Update ringkas aktiviti The Fab Cats:

22/02 - Penang Roadtour

23/02 - Konsert Gaza di UiTM, Shah Alam 5pm

24/02 - Interview Carta Era bersama Dina dan Nana

Recording rancangan AC DISINI

Shooting klip video Bawaku Terbang versi Indonesia

25/02 - Shooting klip video Papa Jahat versi Indonesia

26/02 - Recording rancangan REMAJA (datanglah beramai ramai ke Glenmarie, studio NTV7 untuk menyaksikan kami membuat persembahan acoustic)

27/02 - Adidas Anniversary, Zouk KL (akan ada surprise!! datanglah beramai ramai)

28/02 - Karangkraf Karnival, Karangkraf Shah Alam. Meet the fans session.

Bertolak ke Johor untuk Big Jam Hot FM.


Yang lain akan di update soon...


daaaaaaaa

xoxo,

Pedd Farhana (HANNA)

Tuesday, February 17, 2009

FEB DAN MARCH YANG MEMULAKAN

Yo yo...Update yang simple untuk anda
Terbaru kami akan kenalkan ahli baru The Fabulous Cats bulan ini di semua akbar dan media media cetak dan elektronik.
Pengunduran sementara DJ Sumo kerana beiau akan sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan beliau tahun hadapan dan akan sepenuhnya berkhimad sebagai chef di kopicat kafe. cuti sepanjang tahun la gamaknya tu.
Beliau akan diganti dengan seorang DJ yang akan kami kenalkan juga.
Kami akan mengambil hypeman untuk kumpulan ini.
jadinya keluarga The Fabulous Cats akan berkembang dari 4 org bersama 1 dj dan 1 hype man.
Kami juga sedang memilih pemain keyboard,guitar,bass dan drum untuk band yang akan mengiring persembahan kami.
Wowkan...ihihihi...ramai lagi meriah...

update show lak...

The Fabulous Cats akan ke utara utk promo bersama artist artist METADOME yang lain...
pada 21 dan 22 feb untuk mempromosi album kami Hyperkosmik yang agak laju perjalanan penjualannya.
Kami akan bersama ahli terbaru kami yang akan menyanyikan lagu baru dari album kami dan single baru.
saksikan Bawa Ku Terbang, Slot Akasia, Telefoto Layar Liar dan lagu lama kami secara live di sg.petani dan penang.
pada 25 dan 26 kami akan mengambarkan pengambaran 2 buah video kami untuk pasaran Indonesia.
kami akan ke Johor Bahru untuk Big Jam pada 1 March dan terus bersama anda di Kuala Lumpur dalam Zoom In bersama The Fabulous Cats dan kengkawan pada 4 March.
Kami ke Singapura pada 5 dan 6 March untuk radio promosi dan jalan jalan...hahahah
kami akan singgah ke Jasin,Melaka pada 7 March untuk concert bersama RTM,lokasi tak tau lak...nanti kami update...hihiihi
Akan bersama Anugerah Bintang Popular Road Tour dan Anugerah Industri Music Malaysia pada March dan April nanti...

see ya...cat farish