Saturday, August 30, 2008

Petikan dari Jomstar.com: FABULOUS CAT Tak Pernah Buat Hal

Kemunculan Fabulous Cat dalam industri pastinya sering dinanti-nantikan oleh anak muda masa kini. Apatah lagi genre muzik yang mereka bawa beserta mesej yang disampaikan dalam lagu sangat sesuai bagi setiap peringkat usia. Muzik Hip Hop yang cuba diketengahkan juga nyata tidak sia-sia bila nama mereka semakin dikenali dikalangan para peminat.

Namun begitu kumpulan ini ibarat mempunyai masalah dalaman apabila setiap kali mengadakan persembahan di khalayak ramai, vokalis wanita mereka sering bertukar ganti. Banyak desas desus timbul yang mengatakan tidak ada persefahaman antara mereka dan ketuanya Cat Farish dan ada juga yang mengatakan vokalis itu sendiri yang tidak boleh memberikan komitmen terhadap kumpulan ini.

Farhana adalah vokalis wanita yang ketiga setelah dua orang vokalis wanita mereka menarik diri disebabkan terikat dengan komitmen lain. Bagi Cat selaku ketua kumpulan, bukan sengaja mencari publisiti dengan masalah begini sebaliknya dia ingin mencari seseorang yang boleh memberi tumpuan dan sepenuh komitmen terhadap Fabulous Cat.

Baginya Farhana adalah pilihan yang tepat kerana sejak mula menyertai kumpulan ini Farhana dilihat begitu bersungguh-sungguh menunjukkan minat dan keseriusannya dalam mengembangkan muzik Fabulous Cat. Farhana juga turut terlibat dengan kumpulan indie lain iaitu Oddstar dimana Farhana juga menjadi vokalis bagi kumpulan ini.

Pun begitu, ia sedikit pun tidak mengganggu perjalanan seni Farhana dengan Fabulous Cat sebaliknya Farhana kini banyak menghabiskan sepenuh masanya terhadap kedua-dua kumpulan ini dan yang utama adalah Fabulous Cat.

Bagi Cat sendiri, dia memahami industri seni ada pasang surutnya dan tidak selamanya kumpulan ini akan lebat dengan show justeru dia memberi peluang pada setiap ahli untuk melakukan part time lain terpulang pada kebolehan masing-masing.

Seperti Cat, selain bersama kumpulan ini dia masih ligat menggubah lagu untuk artis lain dan turut aktif berlakon dan terbaru Cat berlakon sitkom berjudul Geletek yang bakal disiarkan di tv9. Adeep pula terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir untuk rancangan kartun walt disney yang disiarkan di Astro dengan menyumbangkan suara yang telah dialih bahasa selain turut menyanyikan lagu Chanteek yang menggandingkannya bersama kumpulan Ultimate.

DJ Sumo pula sibuk dengan aktiviti karnival remaja seperti rakan muda dan both remaja yang terdapat di gerai Jom Heboh. Mengekalkan sikap terbuka, Cat berharap kesibukan setiap ahli pada komitmen yang sedia ada tidak akan membuatkan kumpulan ini terbiar dan terus berkubur begitu sahaja.

"Saya tak pernah ada masalah atau buat hal dengan vokalis wanita yang dulu. Saya cuma mengharapkan mempunyai seorang vokalis wanita yang boleh memberikan keutamaan dan komitmen pada kumpulan ini meskipun mempunyai pekerjaan lain. Seperti Farhana sendiri dia juga mempunyai kumpulan lain. Namun dia masih mampu memberi komitmen pada kumpulan ini dan setakat ini Farhana tidak ada masalah dengan saya.

"Vokalis yang dulu bukan mereka tidak bagus dan saya tidak pernah menyalahkan mereka dengan pengunduran diri masing-masing, sebaliknya mereka sendiri yang minta untuk menarik diri dan ingin memberi tumpuan kepada perkara lain. Harapan saya biarlah vokalis kali ini akan bertahan dengan Fabuluos Cat sampai bila-bila kerana saya lihat Farhana mampu pergi jauh dalam bidang ini ditambah dengan kesungguhan yang ditunjukkannya saya yakin Insya-Allah," kata Cat.

Terbaru Fabuluos Cat sedang sibuk dengan pembikinan album kedua mereka yang dijangka siap pada bulan Mac ini dan konsep mereka masih tetap sama seperti album pertama.

Mereka juga dalam perancangan untuk menghasilkan produk barangan sendiri dengan menggunakan perkataan 'Lenggok' yang menunjukkan muzik Hip Hop sinonim dengan tarian Lenggok dan perkataan ini juga bersesuaian dengan cita rasa orang Melayu. Antara produk barangan mereka seperti T-Shirt, topi dan pelbagai lagi aksesori lain bakal dipakai dan diperkenalkan oleh Fabuluos Cat dalam rangka mempromosikan album kedua mereka nanti.

Wednesday, August 6, 2008

BERBAKAT: Cat kini mula diintai pengarah filem. petikan myselebriti.com

Oleh: Serimah Mohd Sallehuddin

Bekas anggota kumpulan Ruffedge terus cari peluang untuk kembangkan bakat dalam bidang lakonan.

KERJAYANYA bermula bersama kumpulan Ruffedge, namun kini Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 34, yang juga dikenali sebagai penulis lagu turut mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan dan terbaru pengacaraan.

Penyanyi kelahiran Perak ini juga menyimpan impian bergelar pengarah dan penulis skrip satu hari nanti. Ternyata Cat Farish seorang yang sangat gigih, bukan itu saja malah banyak lagi impian yang mahu digapai. Cat juga memberitahu Hip, dia dan Farhana anggota wanita kumpulan Fabulous Cat kini sedang rancak menyiapkan sebuah novel berjudul Telefoto.
Impiannya bukan sekadar angan-angan kosong. Sejak mendapat ruang di dalam dunia hiburan, Cat sudah menanam cita-cita yang tinggi di dalam hatinya. Katanya, dia mahu menggunakan peluang yang sukar untuk digapai itu dengan sebaik-baiknya.

“Saya pernah mencuba nasib untuk bergelar pelakon pada 1995 tetapi tidak berhasil. Jadi apabila saya mendapat peluang untuk bergelar penyanyi, saya memang sudah bertekad tidak mahu berhenti setakat itu saja. Saya mahu melebarkan sayap seni saya dengan menceburi pelbagai bidang.

“Ahmad Idham adalah pengarah pertama yang nampak bakat saya. Dia yang mula-mula sekali memberi kepercayaan kepada saya untuk berlakon dalam filem Remp-It dan sejak daripada itu banyak tawaran yang saya terima. Sedangkan sebelum ini peluang memegang watak tempelan pun susah hendak dapat.

“Selepas itu saya membintangi filem Tipah Tertipu. Daripada filem itu, minat saya untuk bergelar pengarah bercambah hingga saya sanggup membeli mesin untuk suntingan disebabkan minat,” katanya.

Cat juga kini semakin seronok bergelar pengacara menerusi program 1,2 Jus… yang dikelolakan bersama Nabila Huda. Katanya, dia serasi mengacarakan program ‘gameshow’ yang membabitkan artis popular tempatan bersama Nabila kerana mereka sekepala. Mereka saling sokong menyokong untuk menghidupkan program berkenaan dan menjadikannya lebih menarik.
Lebih seronok lagi ujar Cat, dia dapat melihat sikap kebudak-budakan artis yang diundang dalam program itu. Antara artis yang terbabit di dalam program itu ialah Jehan Miskin, Tony Eusof, Zizan, Faradhiya, Farawahida, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Wawasan yang dititip di dalam diri Cat sewajarnya dicontohi artis yang lain. Malah, Cat tidak lokek berkongsi rahsia kejayaannya kepada anggota Fabulous Cat yang lain. Dia memberi galakan sepenuhnya kepada Adeep yang mula berjinak-jinak dalam penghasilan lagu malah rakannya itu kini dikenali dengan lagu Cantik bersama Altimet. Sementara Farhana pula dengan penulisan novel dan DJ Sumo pula turut bergelar seorang chef.

“Saya tidak mahu mereka hanya berada di satu tahap saja. Justeru, saya beri galakan kepada mereka untuk menceburi bidang lain juga.

“Kami tidak memiliki rupa paras yang kacak tetapi kami hanya mampu menunjukkannya dengan bakat. Sebenarnya ini adalah salah satu usaha kami untuk memperkenalkan lagi kumpulan Fabulous Cat dan juga cara kami untuk mempertahankan nama kumpulan kami dalam industri ini,” kata Cat penuh bersungguh-sungguh.

Biarpun tidak bergelar artis yang digilai, ujar Cat dia tetap bersyukur kerana perjuangannya dalam industri ini sedikit sebanyak berhasil. Walau tidak berada di par atas, dia tetap berpuas hati dengan kedudukannya kini.

“Saya selesa biarpun tidak berada di par yang atas dan tidak juga di bawah. Sekurang-kurangnya hasil usaha saya selama ini masih membolehkan saya menanggung keluarga, beli rumah. Kehidupan saya tidak mewah dan tidak juga susah,” katanya.

Selain Remp-It, bapa kepada seorang cahaya mata Nia Karlyssa ini juga pernah membintangi filem Jangan Pandang Belakang (JPB), 9 September serta bakal muncul di dalam beberapa buah filem lagi antaranya I’M Not Single, Selamat Pagi Cinta, BS21. Antara banyak filem lakonannya, dia seronok dapat berlakon dalam filem JPB. Biarpun wataknya kecil tetapi berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

Sementara itu, dua telefilemnya sedang dan akan mula disiarkan di televisyen iaitu Ezora dan Ayyad yang mengisi slot TV3. Mengenai novel Telefoto, kata Cat ia mengisahkan apa yang bermain di dalam minda manusia. Sebuah lagu juga akan dicipta untuk novel berkenaan dengan judul Telefoto Layar Liar.

Terus perjuang irama hip hop - petikan dari hmetro.com.my





Namun, seperkara mengenai kumpulan yang di anggotai tiga pemuda dan seorang gadis ini, lagu nyanyian mereka lebih popular berbanding ahli kumpulan itu sendiri.


Antara lagu popular mereka, Papa Jahat Hanya seorang yang menonjol, Cat Farish yang pernah mencipta nama bersama kumpulan Ruffedge, sebelum me mahatkan nama sebagai komposer, penerbit album sete rusnya pelakon dan pengacara. Sementara Luqman Nur Hakim (DJ Sumo), Abdul Mutalib (Adeep) dan Farhana Razali (Ana), belum begitu menyerlah. Barangkali kekerapan Fabulous Cats menukar posisi vokalis wanitanya membuatkan mereka dilihat sebagai kumpulan bermasalah.


Mengakui permasalahan pasti berlaku pada artis ber kumpulan, Cat Farish berkata, penukaran anggota wanita tidak dilakukan secara melulu.“Penyanyi wanita kami sering berganti bukan kerana wujud masalah sesama anggota sebaliknya berhadapan masalah peribadi sehingga mereka tidak boleh memberi komitmen.


Alya misalnya seperti yang dimaklumkan sebelum ini sakit.“Memang benar untuk menyatukan idea setiap anggota juga ada kalanya boleh menimbulkan masalah kerana kecen derungan dan minat setiap individu berbeza-beza.“Melalui pengalaman lalu, Ruffedge juga pernah bertukar ahli. Jadi, bagi saya ia bukan perkara pelik jika berlaku dalam sesebuah kumpulan.“Pun begitu bagi Fabulous Cat, biasanya kami cuma mencari jalan penyelesaian untuk memastikan keputusan yang kami lakukan direstui setiap anggota.


“Melalui semangat setiakawan yang dipupuk, harap-harap Fabulous Cats mampu bertahan dengan anggota yang ada sekarang ini,” katanya.

Fabulous Cats masih lagi terasing - Petikan dari utusan.com.my


Fabulous Cats masih lagi terasing


Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN


Fabulous Cats


MESKIPUN lagu Papa Jahat berjaya menarik minat masyarakat, namun ia masih belum cukup untuk membantu menonjolkan siapa Fabulous Cats yang sebenar.
Dianggotai oleh Cat Farish, Dj Sumo, Adeep dan Farhana, tidak keterlaluan jika dikatakan tidak ramai yang benar-benar mengenali wajah ahli anggotanya selain ketua kumpulannya, Cat Farish.
Senario tersebut berlaku mungkin kerana baru setahun jagung penubuhan kumpulan tersebut mereka sudah pun beberapa kali menukar anggotanya.
Berbicara tentang persoalan itu, jelas Cat, perkara itu berlaku kerana dia tidak biasa bekerja dengan wanita, selain kesemua anggota itu mempunyai pelbagai komitmen.
Namun begitu, semua itu kini sudah dpaat diatasi.


Menyambung perbualan, bekas anggota kumpulan Ruffedge ini berkata, adalah mustahil untuk sesebuah kumpulan berdiri teguh tanpa sebarang perbalahan.


“Perkara yang paling ketara berlaku dalam sebuah kumpulan artis ialah menyatukan idea semua anggota. Kerana itu, ia akan menyebabkan masalah sering tercetus.


“Sebagai contoh Ruffedge dulu pun bertukar-tukar ahli. Jadi, bagi saya pertukaran ahli bukan satu isu. Insya-Allah anggota-anggota Fabulous Cats yang ada kini mungkin tidak akan bertukar lagi,” janji Cat pada majlis pradengar album kedua mereka berjudul Hyperkosmik di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.


Tambah Cat, pengalaman lalu banyak mengajarnya erti kematangan dan pengalaman terbaik sebagai panduan untuk mengendalikan kumpulan barunya ini.


Menyedari akan kurangnya promosi antara penyebab nama dan album terdahulu mereka kurang dikenali, kini Fabulous Cats mengambil jalan terbaik dengan menyertai syarikat Metadome Sdn. Bhd. selama setahun.


“Dulu rasanya ramai tidak tahu pun kami dah ada album jadi untuk album terbaru ini saya rasa kami perlu lakukan lakukan sesuatu untuk memastikannya berjalan dengan lancar.


“Setelah berfikir beberapa kali rasanya dengan menyertai Metadome segala perjalanan karier kami akan lebih tersusun dan teratur,” katanya yang bertindak selaku penerbit sambil dibantu oleh Adeep untuk album tersebut.


Hyperkosmik menampilkan sepuluh buah lagu antaranya Ole-Ole, Lepas, Slot Akasia dan Pelan-Pelan Kayuh.

Recap # 5

Recap kali ini, TFC membuat persembahan untuk Gangstarz. ingat kan? TFC nyanyi lagu hit Bawaku Terbang malam tu. seronok seronok.

...gambar terpaksa dibawa turun diatas sesetengah individu yang immature...

Ini sahaja yang dapat di update buat kali ini. Untuk pengetahuan semua, HYPERKOSMIK akan berada di pasaran bulan ini. Tarikhnya tidak dapat dipastikan lagi, insy'Allah saya akan tulis di post yang akan datang. T-shirt HYPERKOSMIK juga akan mula dijual bulan ini. Jadi jangan lupa untuk mendapatkannya.
.Mylo.

Recap # 4

TFC telah membuat persembahan di Istana Budaya sempena pembukaan bulan itu. Persembahan ini hanyalah untuk para media dan tetamu VIP.

...gambar terpaksa dibawa turun diatas sesetengah individu yang immature...

.Mylo.

Recap # 3

Aktiviti aktiviti TFC yang telah berlaku yang tidak sempat di update dipanggil sesi Recap. Kepada yang baru mula membaca blog ini la. So..recap kali ini, kita nak lihat aktiviti TFC di Terengganu. Sempena perlawanan bolasepak diantara Perlis dan Terengganu di stadium.
...gambar terpaksa dibawa turun diatas sesetengah individu yang immature...



.Mylo.




Album Cover Photoshoot

Pada 13 Julai yang lalu, TFC telah mengadakan sesi fotografi untuk cover album HYPERKOSMIK yang akan berada dipasaran tidak lama lagi. TFC dan krew krew berkumpul di studio di Bangi jam 10 pagi itu. Bosco selaku mekap artist pada sesi itu pun ada disana juga. TFC menjemput para pemuzik yang telah turut sama membantu dalam pembikinan album. Antaranya, Kombatt Pilgrims dan Xema. Pasti tak sabar sabar nak tengok hasilnya kan? Belilah album nanti! Tapi sebelum itu, mari kita saksikan gelagat gelagat mereka...



...gambar terpaksa dibawa turun diatas sesetengah individu yang immature...



Alhamdulillah, sesi fotografi berjalan dengan lancar. Segala konsep dan kerja kerja 'design' telah dilakukan oleh Cik Farhana kita. Guna orang orang dalam je. Tak payah susah payah guna khidmat luar. Jari saya dah penat ni. sambil update blog, sambil tgk online TV. seronok!
.Mylo.

Maaf

The Fabulous Cats sekarang sangatlah sibuk. Dengan album kedua yang akan keluar tidak lama lagi, TFC pun bertungkus lumus membuat 'touch-up2' final untuk album yang berjudul HYPERKOSMIK. Itulah sebabnya kami tidak dapat meng-update blog ini. Seperti biasa, kita layankan sesi recap...