Saturday, March 29, 2008

Unity Concert



Dah lama tak ada gig Hip Hop yang happening kat Malaysia ni. Usually I never say happening but i just did. Tapi, hari ni, kat Hokkien Hall, Klang, telah berlangsung Unity Concert. Ramai Hip Hop acts. The Fabulous Cats pun perform. Antara lain yang ada seperti Joe Flizzow, Sasi The Don, KLG Sqwad dan ramai lagi. Memang menghiburkan.




Wednesday, March 26, 2008

Skrin Video





Rakaman program untuk RTM. Kami persembahkan dua lagu, Rimas dan sekali lagi, teaser untuk album kedua, Bawaku Terbang. Diperdengarkan di radio? Belum tiba waktu lagi. Tunggu masa dan ketikanya nanti.


*****


Terus dari rakaman program, kami ke Platinum Studio. Kerja kerja pembikinan album diteruskan. Sudah cukup 10 lagu. Cuma perlu diperbetulkan sana sini. Penghujung Julai 2008, akan mula diedarkan. InsyaAllah.






Monday, March 24, 2008

Selepas 3 Minggu...



Kami ke Johor tanpa Adeep, kerana dia berada di Singapura. Kami bertemu di Johor, untuk show Astro Ceria Run for Fun, selepas 3 minggu masing masing 'bercuti'. 12 tengahari dari KL; hujan mengiringi perjalanan kami ke Johor. Kami sempat singgah untuk menjamu selera, dan juga sempat bertemu beberapa peminat di situ. Perjalanan diteruskan; hujan masih mengiringi sehingga ke JB. Air dari langit yang melimpah ruah.





Kami terus ke hotel, dan tidak ke tapak show memandangkan keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk melakukan soundcheck. Sempat berehat beberapa ketika, kemudian pihak Astro mengarahkan semua ke Danga Bay untuk makan malam dan soundcheck. Adeep di sana. Selepas makan, sementara menunggu waktu untuk soundcheck, kami sempat berhibur di Danga Street Mall. Selepas soundcheck, kami pulang ke hotel; tidur.










The Fabulous Cats + Zahid





The Fabulous Cats + Noni AF5





The Fabulous Cats + Farah Breep Breep




The Fabulous Cats + Farish Aziz




Awal pagi 23 Mac, kami ke Danga Bay. It's showtime! Untuk pertama kalinya, 'Bawaku Terbang' diperdengarkan kepada umum. Jelajah seterusnya di Shah Alam, 30 Mac.

The Fabulous Cats + Geng Bas Sekolah

Thursday, March 13, 2008

Interview Radio

Beberapa hari ini, The Fabulous Cats terlibat dengan 3 radio interviews.

27 February
Interview dengan Traxx.FM. Dijadualkan jam 5.30pm – 6.00pm Tapi malangnya hanya Farhana dan DJ Sumo yang sempat sampai. Cat dan Adeep terlewat sikit. Tapi mereka hanya sempat buat ID Promo sahaja. Oklah tu kan!

7 March
Interview dengan XFresh.FM bersama Burn dan Hunny. Fun and exciting! Macam radio interview yang lain. Tanya perkembangan, pasal album, dan soalan2 common yang lain.

12 March
Interview Muzik.FM bersam DJ Lin Zainol. Pagi. Hanya Cat dan DJ Sumo jer. Farhana demam dan Adeep di Singapura.

Tuesday, March 4, 2008

Meeting Mobile Content utk IKON

Hari ini ada meeting dengan Metadome. Berkaitan dengan mobile content untuk IKON ’08. Semuanya berjalan lancar. Liza Hanim pun ada. Selesai meeting, Cat telah mencadangkan sesuatu kepada Metadome. Apa dia? Sesuatu yang pasti menggemparkan dan akan membawa perubahan kepada The Fabulous Cats. Tapi semuanya masih dalam perbincangan. Kita tunggu progress macam mana k!